Tuesday 6 October 2015

MENGEMASKINI DATA IQ-PSS (ONLINE)


Pengetua / Guru Besar
Guru perpustakaan & Media
Sekolah-sekolah Ahli PKG Dalat

Tuan,

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk,

2.       Berdasarkan status semasa didapati terdapat beberapa sekolah yang belum mengemaskini data IQ-PSS (Online).

3.       Sehubungan dengan itu, diminta kerjasama dari pihak sekolah untuk mengemaskini data  tersebut di link (http://iqpss.tarantula.my/) sebelum tarikh tutup 29 Oktober 2015.

4.      Kerjasama Tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekiranya ada pertanyaan boleh hubungi  En.Reni bin Rasli di talian 01112003181 atau  084-864770.

Sekian terima kasih.





Monday 19 August 2013

Pengetua-Pengetua/Guru Besar-Guru Besar &
Tuan-Puan yang dihormati sekalian ,

     Adalah dimaklumkan bahawa Penarafan SSQS secara online akan dijalankan mulai 2 September 2013 dan akan berakhir pada 30 September 2013 . Pada tahun ini penarafan SSQS akan dibuat dengan menggunakan aplikasi Google Drive (gmail)  .

     Oleh itu , tuan puan diminta membuka akaun gmail sebagai persediaan awal kita untuk penarafan itu nanti . Sila emel alamat emel tuan puan ke pkg_dalat@moe.gov.my atau sms ke 013-8276186 sebelum 29 Ogos 2013 .

Sekian terima kasih
Harap maklum .

Wednesday 8 May 2013

 Penarafan iQPSS
u.p :
Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan
Pengetua / Guru Besar
Sekolah ahli PKG Dalat

Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan
Guru Perpustakaan & Media
Sekolah ahli PKG Dalat


Salam 1Malaysia,

Adalah dimaklumkan bahawa data penarafan iQPSS telah mula dibuka semula untuk memberi peluang kepada GPM yang belum membuat penarafan di (http://iqpss.tarantula.my/) & kami di PKG Dalat memohon jasa baik pihak Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada Guru Perpustakaan & Media untuk mula mengisi data penarafan tersebut dan menghantarnya denga seberapa segera yang boleh . Untuk pengetahuan pihak Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan, surat berkenaan perkara tersebut telahpun diedarkan pada 04 Februari 2013 dan nombor rujukan : PKG(SWK-DLT)8871/3/8(13). Dukacitanya, ada segelintir GPM sekolah yang MASIH BELUM MULA mengisi data penarafan ini.

Sehubungan itu, Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan dimohon untuk memanjangkan makluman ini kepada Guru Perpustakaan & Media. Sebarang makluman, sila hubungi PKG dalat di nombor talian 084-864770 .

Sekian, terima kasih.

Tuesday 19 June 2012

SALAM 1 MALAYSIA



       Selamat datang ke Blog Pusat Kegiatan Guru  Dalat. Kami di Pusat Kegiatan Guru Dalat mengalu-alukan ' kedatangan '  anda ke blog kami . Segala kegiatan , aktiviti dan pengumuman / hebahan mengenai apa sahaja berkenaan Pusat Kegiatan Guru Dalat yang akan dijalankan akan dihebahkan di dalam blog ini terlebih dahulu , selepas itu baharulah dihebahkan melalui surat atau melalui mana-mana media yang lain . Ini adalah kerana ada sekolah yang sukar untuk dihubungi dan hampir semua sekolah ahli gabungan di Pusat Kegiatan Guru Dalat ada liputan internet ( mengakses ke internet ) . Sekolah yang tiada liputan sila berhubung dengan ' rakan sekolah ' yang terdekat .
     Segala kelemahan serta kesilapan berkaitan blog ini kami memohon maaf , kerana kami bukanlah pakar membuat blog .

     Sekian , terima kasih

PENARAFAN SSQS 2012

    Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara. Sehubungan itu, penarafan SSQS ini akan dibuat bagi negeri Sarawak pada 1 Julai – 31 Julai 2012. Penarafan ini boleh diisi secara online di http://ssqs.moe.edu.my bermula 1 Julai 2012. Harap Maklum.


    Sekolah-sekolah gabungan di bawah Pusat Kegiatan Guru Dalat diharap bersedia dengan penarafan ini. Sila pastikan tuan/puan/cikgu jangan mengisi sebelum tarikh mula berkenaan kerana data-data penarafan tersebut akan dihapuskan .

    Sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan di atas bolehlah menghubungi En. Reni bin Rasli/ En. Sahran bin Sahren/Hamdi bin Jali di talian 084-864770 atau e-mel ke : pkgdalat12@gmail.com . Sebarang update mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.