Tuesday 19 June 2012

SALAM 1 MALAYSIA



       Selamat datang ke Blog Pusat Kegiatan Guru  Dalat. Kami di Pusat Kegiatan Guru Dalat mengalu-alukan ' kedatangan '  anda ke blog kami . Segala kegiatan , aktiviti dan pengumuman / hebahan mengenai apa sahaja berkenaan Pusat Kegiatan Guru Dalat yang akan dijalankan akan dihebahkan di dalam blog ini terlebih dahulu , selepas itu baharulah dihebahkan melalui surat atau melalui mana-mana media yang lain . Ini adalah kerana ada sekolah yang sukar untuk dihubungi dan hampir semua sekolah ahli gabungan di Pusat Kegiatan Guru Dalat ada liputan internet ( mengakses ke internet ) . Sekolah yang tiada liputan sila berhubung dengan ' rakan sekolah ' yang terdekat .
     Segala kelemahan serta kesilapan berkaitan blog ini kami memohon maaf , kerana kami bukanlah pakar membuat blog .

     Sekian , terima kasih

PENARAFAN SSQS 2012

    Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan penarafan sekolah menggunakan Smart School Qualification Standard (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara. Sehubungan itu, penarafan SSQS ini akan dibuat bagi negeri Sarawak pada 1 Julai – 31 Julai 2012. Penarafan ini boleh diisi secara online di http://ssqs.moe.edu.my bermula 1 Julai 2012. Harap Maklum.


    Sekolah-sekolah gabungan di bawah Pusat Kegiatan Guru Dalat diharap bersedia dengan penarafan ini. Sila pastikan tuan/puan/cikgu jangan mengisi sebelum tarikh mula berkenaan kerana data-data penarafan tersebut akan dihapuskan .

    Sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan di atas bolehlah menghubungi En. Reni bin Rasli/ En. Sahran bin Sahren/Hamdi bin Jali di talian 084-864770 atau e-mel ke : pkgdalat12@gmail.com . Sebarang update mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.